why my last relationship ended.

August 22, 2017


hello readers. hurmm i know this entry quite sensitive bagi yang pernah ditinggalkan.
ini cerita lama, tapi aku bongkarkan untuk memberi pengajaran pada korang semua.

why my last relationship ended?.

Tanpa bersemuka, aku ditinggalkan oleh ex aku.
zaman tu takde whatsapp, takde wechat bagai.
apa yang ada? SMS.

Ketika itu aku masih belajar. dengan harapan hanya lelaki itu yang wujud
dalam kehidupan aku, yang konon-konon akan jadi suami aku untuk
suatu masa nanti.
ternyata perkiraan aku salah. sms datang menyatakan dia tidak mampu menunggu aku dan dia akan kembali ke tempat asalnya.
Katanya,hubungan kami takkan kemana, dan adiknya tak suka dengan aku.
masa tu, otak aku hanya mampu berfikir, aku sanggup lakukan apa saja! Apa saja!

Siang malam aku menangis. masih mengenangkannya.
siang malam aku berfikir, bagaimana nak kembali pada dia.
siang malam aku berfikir, mengutus surat untuk menyatakan hasrat tidak mahu ditinggalkan.
siang malam aku mencari jalan, untuk bertemu dengannya kembali.

akhirnya, dalam sedih pasti ada hikmahnya.
Aku mengambil masa yang agak lama untuk melupakannya.
hingga aku dipertemukan dengan kekasih hati aku yang sekarang.
aku berjanji akan menjaganya sepanjang hidupku.
aku akan korbankan apa saja untuk kekasih hatiku ini.

dan "dia", tidak pernah aku temui hingga ke hari ini.



You Might Also Like

0 comments

footprint

Blog Archive